Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, December 22, 2011

Hijrah Tukar Mazmumah kepada Mahmudah from IslamItuIndah.com

PERISTIWA hijrah Rasulullah s.a.w perlu dijadikan ukuran buat diri individu Muslim kerana ia mempamerkan kesungguhan serta pengorbanan umat Islam di Makkah ketika itu yang sanggup berkorban nyawa, harta benda demi mencari keredaan Allah s.w.t.
Walaupun sejarahnya lebih 1,000 tahun, ia tetap dikenang sebagai lambang kejayaan umat Islam. Cukupkah kita hanya berbangga menggunakan nama Islam, dilahirkan dalam keluarga Islam namun hakikatnya tidak menjiwai watak sebagai seorang Islam tulen.
Penghijrahan utama yang perlu dilakukan adalah menukarkan sifat mazmumah kepada nilai mahmudah. Tafsiran kepada sifat terpuji dan terkeji tidak hanya berkaitan mengenai perkara ibadat tetapi menilai sikap lain terutamanya hubungan sesama manusia dan masyarakat, gerak kerja seharian, budaya serta tingkah laku.



Sebagai langkah permulaan, perbaiki kelemahan kecil yang ada dalam diri terlebih dulu sebelum melihat perkara besar. Penghijrahan perlu berlangsung secara beransur-ansur dengan membiasakan diri melakukan kebaikan kerana lama kelamaan pasti berhasil.
Solat umpamanya adalah ukuran paling tepat menggambarkan perubahan sifat seseorang. Bagi mereka yang dulunya amat memandang ringan malah begitu banyak meninggalkan solat maka ingatlah ia ibadah utama yang mengukur kejayaan seseorang di dunia dan akhirat.
Jika melaksanakan solat, sebaiknya perkemaskan untuk bersolat pada awal waktu serta dilakukan secara berjemaah. Latih diri melaksanakan solat sunat lain sebagai menampung kekurangan dalam solat wajib.
Begitu juga halnya dengan sikap; jika dulunya dianggap seorang yang kasar percakapannya sehingga pernah membuatkan orang lain terasa, perbaikilah menjadi seorang yang memiliki budi pekerti luhur dan lembut percakapannya.
Aspek kebersihan diri dan tempat tinggal perlu dikekalkan dalam suasana bersih, cantik dan selesa kerana itu adalah tuntutan dalam Islam.
Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, berkata umat Islam perlu mengingati Muharam sebagai tahun baru Hijrah yang penuh dengan kisah perjuangan Rasulullah dan sahabat menegakkan Islam.
“Keadaan ini jauh bezanya dengan senario umat Islam hari ini di mana mereka terhimpit dalam persaingan dunia tanpa sempadan yang amat mencabar.
“Ditambah lagi dengan pengaruh kebendaan serta penghayatan nilai Islam semakin terhakis daripada kehidupan. Tidak hairanlah ada golongan manusia sudah hilang sifat hormat, semakin ramai sukakan kemungkaran dan bencikan kebaikan.
“Sudah sampai masanya umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah dan peranannya dalam menjana pembinaan insan berilmu, beriman, beramal dan berakhlak,” katanya.
Beliau berkata peristiwa Hijrah mengubah ‘wajah’ sejarah kemanusiaan yang dahulunya hidup bermusuh-musuhan dan berperang sesama sendiri.
“Akhirnya, umat manusia dapat bersatu padu dan bermuafakat. Gambaran kehidupan tidak bermoral masyarakat Arab jahiliah ketika itu diceritakan sendiri Ja’afar bin Abi Talib sewaktu ditanya Raja Habsyah yang menyatakan pada zaman itu mereka adalah bangsa jahiliah yang menyembah berhala, memakan bangkai, mengerjakan perkara keji, memutuskan tali kekeluargaan, merosakkan tata tertib tetangga dan yang kuat menekan yang lemah.
“Rasulullah s.a.w mengubah suasana itu dengan membawa mereka keluar daripada belenggu jahiliah kepada gaya hidup bermasyarakat, berkerajaan dan bertamadun tinggi.
“Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Kalaulah kamu belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat juga menyatupadukan antara perasaan dan hati mereka. Akan tetapi, Allah menyatupadukan mereka antara perasaan dan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Anfal, ayat 63).
“Ayat ini mengingatkan kisah perpaduan antara kaum Muhajirin dan Ansar walaupun asalnya, mereka dua puak yang bersengketa.
“Sejarah kemanusiaan menyaksikan jatuh bangunnya sesebuah bangsa bergantung kepada kekuatan rohani bukannya fizikal. Islam melahirkan personaliti cemerlang dalam sejarah tamadun manusia seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib,” katanya.
Menurutnya mereka itulah yang menyemarakkan pentas dunia dengan nilai hidup positif yang tidak ada tolak bandingnya dalam lipatan sejarah manusia.
“Ini bertepatan dengan jolokan istimewa yang Allah kurniakan kepada mereka sebagai umat terbaik dan umat pertengahan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan demikianlah (sebagaimana Kami memimpin kamu ke jalan yang benar), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil.
(Surah al-Baqarah, ayat 143).
“Hijrah bukan bermakna melarikan diri atau mahu menyerah kalah, sebaliknya salah satu koleksi nostalgia silam bagi menyedarkan umat Islam,” katanya.
Katanya, sebelum mengakhiri tahun 1432 Hijrah, setiap umat Islam perlu mengimbas kembali masa setahun yang berlalu bagi menilai ke mana ia dihabiskan.
“Saidina Umar al-Khattab pernah berkata; Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Ungkapan ini memberi peringatan kepada kita betapa perlunya muhasabah diri dan bagaimana ia berupaya bertindak sebagai alat persiapan yang akan menentukan kejayaan.
“Pada hari ini terdapat kelemahan melanda umat Islam termasuk kemunduran, kemiskinan, perpecahan, pertelagahan sesama sendiri.
“Ia jauh berbeza dengan jaminan Allah kepada umat Islam sebagai umat terbaik,” katanya.
Sheikh Muhammad al-Ghazali dalam bukunya ‘Al-Ghazwu al-Thaqafiy Yamtaddu Fi Faraghina’ menyatakan umat Islam akan gagal menunaikan risalah Islam yang diamanahkan melainkan mereka memiliki kekuatan kebendaan yang mencukupi.
“Umat Islam pasti gagal merealisasikan amanah menyampaikan Islam jika mereka masih lagi bergantung hasil makanan daripada ihsan golongan kafir dan musuh Islam.
“Justeru, umat Islam perlu bekerja keras memartabatkan kembali imej dan maruah sebagai umat yang terbaik,” katanya.
Engku Ahmad Zaki berkata dalam buku ‘Al-Tamkin Li al Ummah al Islmaiyyah’ karangan Muhammad Sayyid Muhammad Yusuf beliau menggariskan beberapa sifat utama yang mampu mengembalikan Islam pada zaman kegemilangannya.
“Antaranya, umat Islam perlu sentiasa beramal soleh, melakukan ibadat secara mutlak kepada Allah, penguasaan ilmu seimbang antara duniawi dan ukhrawi, berjihad pada jalan Allah, berdakwah serta mempunyai sifat sabar,” katanya.
Pensyarah Kuliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu Warisan Islam dan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Razak Wan Ahmad, berkata umat Islam di Malaysia perlu melakukan penghijrahan terhadap perkara asas dalam hidup.
“Berdasarkan perkembangan semasa, nilai, moral dan budaya umat Islam semakin jauh daripada landasan sebenar. Tidak mustahil aliran budaya dan agama lain terutamanya Buddha, Hindu atau Kristian akan meresap masuk ke jiwa umat Islam jika ia tidak ditangani.
“Umat Islam di negara ini berdepan tekanan besar dalam aspek akidah, syariat, ekonomi, kebudayaan dan sosial.
Lambang dan identiti Islam semakin kabur dan sukar dikesan,” katanya.
Beliau berkata hijrah utama yang perlu dilakukan sekarang ialah pemberian nama kepada anak yang baru dilahirkan.
“Ia bukan perkara kecil kerana nama membawa perwatakan sebenar dan memberi kesan kepada tingkah laku seseorang jika nama yang diberikan mempunyai maksud buruk.
“Contohnya, ada ibu bapa memberi nama anak seperti ‘Abdul Manaf’ (hamba berhala), ‘Majnun’ (gila), Hazan (dukacita). Jika bapa tersilap memilih nama, sewajarnya mereka berusaha menukar nama itu.
“Antara nama yang baik seperti nama yang dinisbahkan kepada nama Allah namun perlu dimulai dengan kalimah ‘Abd seperti Abdul Quddus, Abdul Halim, Abdul Fattah dan sebagainya,” katanya.
Abdul Razak berkata perkara lain yang perlu diberi perhatian serius dalam proses penghijrahan ialah memartabatkan kembali cara berpakaian.
“Apa yang berlaku hari ini nampaknya sudah jauh tersasar di mana terdapat di kalangan masyarakat tidak segan silu berpakaian menjolok mata yang membawa fitnah.
“Perubahan perlu dilaksanakan segera dengan membawa imej pemuda dan pemudi Islam yang sentiasa menjaga hubungan serta membaluti tubuh mereka dengan pakaian menutup aurat seperti yang digariskan Islam.
“Begitu juga dari aspek budaya sama ada ketika berada di rumah, pejabat atau bertemu orang lain di luar perlu ada tindakan dan perubahan.
“Masyarakat kita sebenarnya mampu menjadi warga hebat jika sentiasa membudayakan sifat rajin berusaha, kualiti kerja bermutu, kreatif dan sentiasa bermotivasi tinggi,” katanya.

http://www.islamituindah.my/

the Barber & the Client































Friday, November 11, 2011

9 Jenis Anak Syaitan.

9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syai...tan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

Wednesday, November 2, 2011

Aidiladha 2011

Friends

 

"Alhamdulillah Ya Allah, syukurku padaMu, kerna memberi aku peluang yang cukup bermakna hingga kini, nikmat indah dariMu akan aku pelihara dengan sebaik mungkin, ampun dan maaf jika kekhilafan dari hamba yang serba kekurangan ini.. nikmat nyawa, nikmat makan, nikmat bersahabat, dan segala macam nikmat yang telah Engkau berikan pada hambaMu ini Ya Allah."

Sebut tentang sahabat, ini ada lagu tentang sahabat. Video Stephanie - Friends Gundam 00. Walaupun video kartun, tapi ia sangat bermakna...

Jagalah hati sahabat kita, mungkin suatu hari nanti bila kita dalam kesusahan, sahabat ini akan membantu kita. Jagalah hati sahabat, jangan sesekali membeloti atau membenci mereka, kerna sahabat ini bukan "alat" tetapi sebagai penolong dan pendamping kita untuk hidup. Jagalah hati sahabat, kerna sahabat ini adalah sahabat yang tidak boleh dijual beli dan penguat semangat kita. 
Hidup bersahabat @ berjemaah adalah perlu. Kenapa demikian? Cuba bayangkan kita tiada sahabat @ tak berkawan, hidup berseorangan, macam orang gila rasanya. Kita perlu bersahabat, kerna sahabat adalah tempat untuk berborak, bersuka ria, berkongsi ilmu@pendapat, tempat untuk meluahkan rasa hati... dan bermacam-macam lagi..
JANGAN sesekali memutuskan tali persahabatan, kerna Rasulullah sangat membenci kepada orang sebegini. Ada hadis Rasulullah menyebut tentang bersahabat. Seperti:
hadis rasulullah!
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit makamengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri), anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu? Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 – Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.
Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.”
Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”
Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.
Sebaik-baik sahabat
Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.
Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.
Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”
Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya. Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Renung-renungkan!
Title: Friends
Artist: Stephanie
Mobile Suit Gundam 00 2nd Ending Theme

onaji egao shiteta
sonna bokura mo ikunen mo kasanesugite
surechigau keshiki wo
ukeirerarezu ni mogaiteru

While showing the same smile,
just like that, a number of years have passed
[1]
while the sceneries pass by,
we are struggling to accept it
muda na PURAIDO sutesari[2]
kono sekai ni yasashisa wo

abandoning this useless pride,
(and hoping for) gentleness in this world
I Gotta Say
yuuki wo misetsukete mo tsuyogatte mo
hitori dewa ikirarenai
ano hi no yakusoku nara
kokoro no fukaku ni nokotteiru yo ima demo

I gotta say
Even though I show all my courage and strength,
I can’t live alone
As the promise from that day
still remains deep in my heart, even until now
wakarete mata deai
arata na michi ni hikari mitsuke arukidasu
umarete kara zutto
kurikaesu koto de tsunagatteku

Meeting again after parting
I found light in a newfound path, and walk on
Ever since I was born,
it happens again and again, strung together
[3]
itsunoma ni kimi to boku mo
sorezore mirai wo te ni shite

And between pauses of time, both of us
started building our own future
I Gotta Say
tooku hanareteite mo, aenakute mo
tsuyoi kizuna wa aru kara
“yume ga kanaimasu youni”
kokoro no soko kara inotteiru yo
We’re friends forever

I gotta say
Even if we’re far apart, and unable to meet
There is strong bond between us
“May the dreams come true,”
Pray me from the bottom of my heart
We’re friends forever
mata au koto wo chikai
yubikiri shite
bokura wa arukidashita ne
mienai ikisaki e to
mayoinagara demo
susundeiru yo
itsudemo…

Pledging to meet again,
We did a pinky promise
[4]
before setting out
towards the unseen destination
Even when full of doubt,
we still march on

Always…
kawariyuku kisetsu to
toki no naka
natsukashii MELODIES
otona ni natte mo
iroase wa shinai yo
bokutachi no PRECIOUS MEMORIES

In the midst of these changing seasons
and flow of time,
the reminiscent melodies remain
Even when I’ve become an adult,
it won’t fade:
Our precious memories
I Gotta Say
yuuki wo misetsukete mo tsuyogatte mo
hitori dewa ikirarenai
ano hi no yakusoku nara
kokoro no fukaku ni nokotteiru yo

I gotta say
Even though I show all my courage and strength,
I can’t live alone
As the promise from that day
still remains deep in my heart, even until now
As life goes on…
wasurecha ikenai kara, Yeah
Don’t let it go…
kono hiroi daichi to nakama-tachi no koto

As life goes on…
I won’t forget, yeah
Don’t let it go…
About this vast earth, and about those friends

Saturday, October 22, 2011

24

24 perkara JANGAN dilakukan..

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi ole...h perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam.

Thursday, October 20, 2011

kisah pemuda dan syaitan

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di
rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke
rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab:
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh
bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang
ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh
kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya,
mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai
dimasjid dgn selamat..’

++[MORAL]++ :

"Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut ."
(via skype group)