Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, February 3, 2011

La Takrabuz Zina


La Takrabuz Zina
Firman Allah:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina,
Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat.”
(al-Isra’:32)
Kebanyakan umat Islam menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haramdan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan merupakan satu daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya dalam agama Islam, bukan perbuatan zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga sebarang perbuatan@perlakuan kearah menghampiri zina yang disebut sebagai “budaya takrabuz zina”.
            Takrif “zina” itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah s.a.w. memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
Zina dua mata itu menilik(memandang) perempuan yang ajnabi.”
Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat(sentuh), zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Demikianlah, semua perbuatan maksiat itu zahir atau batin adalah dikira zina belaka. Samada berdua-duaan, berdating, berhimpit-himpitan, berbual di telifon, dan bermesra semuanya termasuk dalam kategori zina.
Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain yang terbabit(bersyubahat). Maka jika anda membantu rakan anda dalam perbuatan maksiat, seperti menjadi perantara pasangan yang berbuat maksiat, member sesuatu yang digunakan untuk maksiat dan sebagainya, maka dosanya samalah seperti mengerjakan maksiat.
Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampir zina itu. di kalangan kita, masih ramai ibubapa yang sengaja (sportinglah kononya) member peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya dalam sosial Islam, tidak ada istilah “teman lelaki”  bagi perempuan dan sebaliknya.)
            Ada-ada saja helah ibu bapa  untuk tidak menganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat(berdua-duaan, berbual mesra) dengan teman lelakinya. Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada saja kerjanya yang perlu dibuat, lalu keluar rumah atau ke biliknya. Meninggalkan sepasang pasangan haram.
            Ramai ibubapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya(tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat. Mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan itu mereka turut terlibat atau bersyubahat atau secara tak langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan diri dalam kegiatan budaya takrabuz zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak gadis mereka melakukan perbuatan zinayang sebenarnya itu.
            Ramai yang tak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya.
            Kerana terlalu jahil dan terpengaruh kepada amalan sosial barat yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.
            Pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam. Pada peringkat awal orang-orang barat(Kristian khususnya) melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan Islam, tetapi mereka gagal. Lalu menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi.
            Dalam tahun 1268, seorang Raja Perancis pernah mengemukakan saranan: “Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui peperangan dengan bersenjata dan kekerasan. Berdasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarahsebelumnya, maka yang penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu.”
            Antara “langkah lain” itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai “budaya takrabuz zina”. Sebagai contoh, pada masa kini, banyak rancangan televisyen yang memberi contoh negatif kepada masyarakat seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mentor dan seangkatan dengannya. Apabila seluruh Malaysia sudah didedahkan dengan hiburan seperti itu, maka ia dianggap biasa oleh orang ramai, maka tidak ada rasa berdosa kepada mereka yang melakukan pergaulan seperti itu.
            Hiburan dari barat itu sengaja dieksport ke Negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam. Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan “umpan” atau matlamat negatif hiburan dari barat, malah mereka menerimanya sebagai hasil seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai “budaya global”. Sebenarnya apa yang disebutkan sebagai “budaya global” itulah yang merupakan “budaya takrabuz zina”.
Tuduhan terhadap barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-Nya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu(Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka” (al-Baqarah:120)
            Perkembangan budaya takrabuz zinamemang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap umat Islam. Seorang orientalis pernah berkata, “Gelas minuman keras dan penyanyi perempuan(pelacur) dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada  apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam”.
Mudah saja manusia terseret dan tergelincir dari landasannya jatuh ke lembah maksiat, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak barat(muzik, sukan, dan sebagainya) itu adalah meliputi cirri-ciri “budaya takrabuz zina”. Di mana-mana saja, perbuatan maksiat dalam dunia budaya ini telah, sedang berlaku dan senang dilihat. Fenomena keruntuhan akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan, gay, pembuangan bayi luar nikah, seks bebas, pelacuran dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.
Dalam rancangan Edisi Siasat di NTV7 pernah menayangkan betapa runtuhnya akhlak anak-anak muda melayu Islam melakukan seks bebas dalam tajuk rancangan “Seks tepi tangga”. Kemanakah maruah umat Islam kini? Dikatakan Malaysia ini Negara Islam, tetapi gejala seperti ini berleluasa sehingga sukar untuk dibendung lagi, saban hari kita terdengar, terbaca di dada akhbar, kes pembuangan bayi, rogol, seks bebas dan sebagainya. Kemana perginya nilai-nilai Islam? Sehingga sanggup menjual maruah Islam seperti perempuan tidak bertudung, berpakainan ketat menampakka susuk tubuh badan.
Jadi, dimanakah anda pada ketika ini? Adakah anda termasuk dalam golongan sedemikian? Jika ya, maka keluarlah dari lembah kehinaan itu dan bertaubatlah dengan taubat nasuha, kerana Allah Maha Pengampun. Jika tidak, maka usahakanlah menghidupkan kembali sinar-sinar Islam ke dalam masyarakat yang amsih lemah dan tidak menyedari semua ini. Laksanakan perintah Allah.
“Sesiapa di kalangan kamu yang ternampak kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangan. Jika tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lisan, dan jika tidak mampu juga, hendaklah dia mengubahnya dengan hati(membenci dalam hati) dan itulah selemah-lemah iman”
Wallahua’lam…