Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, March 20, 2011

Kem team building di SAM HULU LANGAT


Kem team building di SAM10
Kenangan selama 3 hari bersama adik-adik terhebat SAM10. Banyak ragam yang kami dapat.. Ini adalah salah satu bahagian yang menghiburkan hati kami dan cerita ini kami dapat no 1..

Kisah Cinta:Farhan si Budak Agama

Farhan pelajar Tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan. Dia seorang yang
tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan
Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi. Apabila Ustaz tiada di antara
Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan. Samada memberi tazkirah atau mengepalai
bacaan Mathurat. Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna, jika
mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan, sama sekali dia tidak akan
mengangkat pandangannya. Semua orang menghormatinya, baik yang junior mahupun
senior, baik yang laki-laki mahupun perempuan. Jika ada senior yang tengah membuli
junior, jika Farhan ada di tempat kejadian, proses buli itu akan bertukar menjadi
majlis maaf-bermaafan. Inilah ‘kuasa’ Farhan di sekolahnya.

     Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya. Setiap mata-mata yang
wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai
contoh kehidupan yang paling sempurna. Dek kerana mengetahui banyak mata
memerhatikannya, dia betul-betul menjaga akhlaknya. Bukan kerana manusia tetapi
kerana Allah. Niatnya hanya satu, supaya Islam itu terpancar dari dirinya. Hebatnya
dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan
teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali
bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

     Sudah pasti, ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal
itu. Di hadapannya semua baik, tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya
Farhan dari tempat itu, mulalah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang
Farhan. Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Farhan tapi ada juga pelajar-pelajar
perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak
disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti, takut cinta mereka
ditolak. Tambahan pula Farhan banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya
menjauhi zina hati, zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala
dia memberi tazkirah.

     Namun, hatta Nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah, inikan pula
seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya
masih merangkak-rangkak. Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan
yang baru pindah ke sekolahnya. Namanya Nisa, Khairun Nisa. Orangnya putih, bertahi
lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Farhan di sebelah kiri.
“Assalamualaikum, er…” Ustaz Pali datang ke kelas dengan muka kelam-kabut. Matanya memerhati keadaan kelas, sepi. Ramai yang tak ada dalam kelas.
“Farhan, mana yang lain.. saya nak cepat ni” bingung, selalunya semua pelajar penuh dalam kelas, tapi hari ini sunyi..
“Ke tandas agaknya, Ustaz.” Balas Farhan ringkas.
Tok, tok, tok… Pintu diketuk.
“Assalamualaikum Ustaz, maaf Ustaz, kami ke bilik guru hantar kerja rumah, lepas t uterus ke tandas kejap.” Balas si Aini, wakil pelajar perempuan yang lain.
“Masuk cepat, ustaz ada 2 perkara nak bagitahu kat kamu semua, hari ni kelas ttunda sebab ustaz ade meeting dengan pengetua, jadi minggu depan kite ganti kelas sebelah malam. Tempat nanti ustaz tentukan. Yang kedua, hari ni ade pelajar baru yang akan bersama dengan antum semua.” Panjang lebar Ustaz Pali membebel.
“Khairun Nisa, sila masuk.” Ustaz Pali memanggil.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Farhan melihat Nisa dengan
sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman
di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.
“Ape die Farhan?” Ustaz Pali terdengar Farhan bersuara.
“Eh.. Takde pape pon Ustaz. Saya kata tambah lagi sorang dalam kelas ni.” Farhan terkesima dengan pertanyaan ustaz.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya. Dia terus sedar dari
diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar, memohon ampun daripada Tuhan dek
kerana melakukan zina, zina hati. Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik
mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih
tebal. Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.
Saat berganti saat, hari berganti hari, Nisa pun terpilih untuk menjadi salah
seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan
pelajar-pelajar yang lain. Subuhnya di surau, Dhuhanya di surau, Zohornya di
surau, Asar, Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali Farhan terdengar suara wanita
sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan
perempuan, ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih
tebal menyelaput hati nafsunya. Ditakdirkan Allah, suatu hari dia ternampak Nisa
masuk ke surau perempuan, maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar
selama ini ialah suara Nisa.

     Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha, dia terdengar
satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir. Suara perempuan itu
sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan, bukanke khalwat..ye
la, mane ade orang…aku dan die je..takley, aku mesti bagitau kat Ustaz Pali hal ni, biar
Ustaz Pali yang tolong..”Imannya bersuara.

Tapi 1 tetap kalah kepada 2. Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang
menggodanya.

“Kalo aku tak tolong, maybe…em…aku intai dulu la, kalo serius aku tolong segera
kalo tak, aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari
Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya, bimbang maruahnya jatuh di hadapan
seorang ketua badan Agama sekolahnya. Dan ketika itulah makhluk durjana yang
bernama syaitan mula mengambil peranan. Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati
Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.

“Em..Aku kene lapor kat ustaz ke? Patot ke aku tolong? Bley ke aku pegang tangan
die? Dose..”Imannya bersuara.

“Ah, darurat, darurat. Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut
dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga, ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh
Syaitan.

“Er, Nisa tahan ek, kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada
Nisa.

“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara, entah dengar, entah tidak.

     Pintu almari berjaya dibuka, jari Nisa terlepas dari kepitan almari. Merah bak
biji saga jarinya, hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan
segala isi cecair daripada keluar. Tiba-tiba, Farhan tanpa berfikir panjang memegang
jari Nisa. Niatnya hanya satu, ingin melihat keadaan jari Nisa. Tapi dengan pantas
Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya
Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja
dibuatnya sebentar tadi.

     Habis sahaja air matanya kering, hatinya diketuk dengan pelbagai soalan. Bukan
soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya. Bagaimana jika Nisa menceritakan
hal tadi kepada kawan-kawannya? Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada
junior-juniornya? Kalau ustaz dapat tahu, pasti dia akan dilucutkan dari segala
jawatan yang disandangnya sekarang. Dia akan dicemuh dan dihina. Dia tidak akan
dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz. Dia bimbang bercampur
keliru.

     Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke
surau. Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya, dia masih di dalam
bahagian surau wanita. Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya, menipu. Menipu
adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang. Lagipun dia cam suara
itu, itu suara Afiq, teman sebiliknya. Baginya tidaklah berdosa menipu teman
sebilik yang akrab dengannya.

“Eh, Pa’an. Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Afiq, kelihatan di mukanya
perasaan ingin tahu.

“Eh, takde ape-ape la. Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab
Farhan.

“Owh, baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni. Insya Allah ko dapat
pahala, taknak share ngan aku?”gurau Afiq.

     Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada
perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Farhan iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya, di atas rumah Allah inilah Farhan melakukan maksiat. Di atas rumah Allah inilah Farhan menipu. Semuanya di atas rumah ini, rumah kepunyaan Tuan segala tuan. Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung. Afiq terkejut melihat Farhan menangis dan bertanya sebab Farhan menangis, tetapi Farhan hanya berdiam. Afiq membuat andaian sendiri, pada pendapatnya mungkin Farhan menangis kerana bertaubat. Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya. Inilah dia tanda orang beriman, pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaa -Nya, pasti dia cemburu.

“Eh Pa’an, kelas da nak start. Jom!”Ajak Afiq.

“Ok,”balas Farhan.

     Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari
mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian. Matanya tajam
memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut
mencari ketenangan. Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada. Bukan sibuk memikirkan
penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita
tadi diketahui umum.

    Rupa-rupanya, bukan Farhan sahaja yang berjasad tanpa akal, begitu juga dengan
Nisa. Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika
cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya
sibuk memikirkan tentang Farhan. Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya
tidak berkelip memandang Farhan dari belakang. Baginya, alangkah bertuah sesiapa
yang dapat menawan hati Farhan. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Farhan
sebentar tadi, betul-betul memikat hati suci si gadis ini. Begitulah nasib si Abid
tanpa Ilmu. Pantang ditiup angin, pasti dia rebah.
     Tangan mula mengambil peranan, diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil
sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya. Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,  dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit. Bakinya dibeli sebatang choki-choki, juga sebagai hadiah.
Seperti kebiasaannya, Farhan datang ke kelas seawal mungkin. Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan, tanpa menyalin pakaian, dia terus ke kelas. Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat. Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya. Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain. Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas, alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.
Isi suratnya:

Salam..
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi, taktau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang, ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhwah Fillah,
Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu, dia tersenyum. Dengan mengoyak plastik
depan choki-choki, dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis
surat balas kepada Nisa. Sebaik sahaja pennya ingin menyentuh dada kertas putih
berbelang biru itu, dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen
berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas
pensil kawan di hadapannya. Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa
izin tapi kali ini tidak lagi. Entah kawannya bagi atau tidak, dia terus
menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla, kawan..” Maka bermulalah
kisah cinta Farhan,Si Budak Agama.
Balas dia:

Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan. Ana Farhan.
Farhan.

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang
membulat. Maka, Farhan dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada
awalnya, kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang
boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas
surat ni, tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Farhan dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan
jawapan, “Takpe, kita dating tak pernah. Bertentangan mata jarang sekali. Kita
Ukhwah Fillah. Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah. Kita niat untuk
berkahwin, bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Farhan membalas, “mana ada zina hati. Zina hati tu ulamak yang buat dengan
tujuan umat Islam tidak mendekati zina. Rasulullah tak kata pun. Lagipun cinta ini
fitrah, masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah
prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Farhan, namun dek kerana cintanya
dia kepada Farhan, di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.
Farhan dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara
penulisan yang agak sedikit berbeda, lalu dia membalas, “Nisa’, bukankah Allah
berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik
untuk perempuan yang baik? Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa
ana baik. Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi
Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa. Anti meragui
Quran?”

Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu. Ingin dia membantah tetapi
bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya
mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan
‘fatwa-fatwa’ itu.
Siqah bukanlah kerja manusia. Pengaruh bukanlah kawalan manusia. Hati manusia
tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetiaan tidak boleh dipandangkan dengan
kemewahan. Semuanya hak mutlak Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati
manusia. Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia, maka mulialah orang itu
walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu. Jika Dia menghendaki
seseorang itu hina, maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri. Semuanya
bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya
yang diberi nama Sunnatullah.

     Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri
dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia
menyempurnakan apa yang dilafaznya. Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.
Makin hari, pengaruh Farhan semakin jatuh. Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin
bosan dengannya. Sebab? Tiada. Jelas sekali soal hati, Dia yang punya. Hidup Farhan
juga menjadi tidak tentu hala. Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah, kini tidak
lagi. Pertimbangan akal menjadi semakin kurang, mungkin terlampau tebal kabus dosa
yang menutupi hatinya. Siqahnya kian jatuh. Terkadang dia dimarahi oleh
cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

     Dia merasakan tekanan semakin bertambah. Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan
kepadanya dulu. Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan. Tiada lagi nasihat-nasihat
penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.
Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan
dijalankan, kini tidak lagi. Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa
dengan baik. 24 jam baginya tidak cukup. Masa untuk dia belajar, masa untuk dia
berpersatuan dan masa untuk Nisa. Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih
tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun, pasti tidak
mencukupi.

     Afiq merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu. Kadang-kadang
tersenyum seorang diri, kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap
seorang diri. Farhan seakan-akan gila. Betul Farhan gila, gila bayang. Panahan syaitan
benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya, membuat satu lohong iman di dalam
hatinya. Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya
Afiq, “kubur lain-lain, syurga lain-lain, neraka pun lain-lain!”

“Betul, sebab lain-lain la aku nak tanya ko. Mane la taw ko ade masalah, bimbang
takut di sanapun ko ade masalah.”Ujar Afiq.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Farhan.

“Jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab
Afiq.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Farhan lagi.

Afiq terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim. Perasaan
kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi. Namun, atas
dasar silaturrahim kerana Allah, dia nekad untuk mengetahui punca Farhan berubah.
Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di
dalamnya. Walaubagaimanapun, Afiq tidaklah selicik Farhan, dia buntu apabila
memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan
Islam. Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Pali@Fadli, Mentornya.

“Er Ustaz, saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.” Bagitahu Afiq.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz, saya bimbang dengan Farhan, teman sebilik saya. Perangainya seperti sudah
berubah. Dia macam bukan dia..Er, taktaw nak terang macamana..”Terang Afiq.

“Na’am, ana pun perasan perubahan pada Farhan. Dia dah bukan macam dia yang
dulu. Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa, ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya
menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam, mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai
Al-Tajassus. Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila
diperlukan. Dan dalam keadaan ni, hukumnya harus. Apa kata kita siasat sama-sama, apa-apa yang berlaku lapor pada ustaz balik. Boleh?”Terang ustaz.
“Baik.” Afiq bertindak.


     Penyiasatan bermula dan penyiasatan Afiq bertemu dengan jalan buntu. Tiada
sebarang benda buruk yang dilakukan Farhan. Namun, pabila Allah menghendaki yang
gelap menjadi terang, dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Akhirnya surat yang
disimpan selama ini dijumpai oleh Afiq ketika dia sedang membersihkan
surau. Rupa-rupanya, surat-surat yang dihantar oleh Nisa’, selama ini disimpan di
balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat. Terkesima Afiq dibuatnya
apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku
evolusi, daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’
kini ‘I luv U’.

     Afiq tidak salah lagi, surat itu kepunyaan Farhan. Tertera nama Farhan di atas belah
kiri surat, ‘Buat Farhan ku sayang’. Dalam tidak sedar, Afiq menangis. Dia
betul-betul sedih membaca surat-surat itu, bukan kerana Nisa yang dalam
pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Farhan. Terngia-ngia di
telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Farhan ketika
menjadi Imam Magrib. Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara
ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat
tentang apa yang mereka perbuatkan, Afiq terus menangis.

     Dari luar surau, kelihatan Farhan yang baru sahaja sampai di surau. Tanpa berfikir
tentang benda lain, Farhan terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta
karun’nya itu. Terperanjat dia apabila mendapati Afiq sedang memegang
‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah
Afiq. Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain
supaya menghormati rumah Allah, jangan berlari-lari di atasnya. Dia lupa bahawa
dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah, katanya
bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri
yang sedang sarat mengandung. Entah benar, entah tidak.
Ditolaknya Afiq ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh
Afiq.

“Woi, ape ko buat ni?!!!”Marah Farhan.

“Woi? Mana pergi bahasa mu wahai kawan? Mana pergi sopan santun mu wahai
kawan? Mana pergi dirimu yang dulu wahai Farhan?”Soal Afiq sambil mengesat air
mata yang sedang mengalir. Farhan terdiam.

“Rupanya, inilah masalah mu wahai kawan. Tiada ku sangka dirimu sedemikian, wahai
kawan. Bagiku engkaulah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar
Islam ke sekolah ini. Kini kau sirna wahai kawan, kau mutiara yang kian
sirna!”Marah Afiq. Sinis.

“Ah, kau peduli ape!” Farhan bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata
Afiq.

“Jujur aku tanya, kau couple Pa’an?”Soal Afiq.

“Aku couple ke, aku tak couple ke, tu soal aku la. Dosa biar aku tanggung
sendiri! Jangan risau la, aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan
aku!”Lantang sungguh Farhan berbicara. Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang
dia pijak sekarang.

Afiq berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan. Ingin dia salahkan
takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Farhan
namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.
Semasa mereka bekelahi sebentar tadi, mereka bukan berdua. Di balik tabir biru itu
ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja. 3 orang pelajar
junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar
setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.
Malang si Farhan. 3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam
sifatnya. Dihebahkan berita Farhan berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para
cikgu pun tahu mengenainya. Ke mana sahaja Farhan pergi, pasti ada mata-mata yang
memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Farhan pergi, mulalah
syaitan berpesta dengan dosa mengumpat. Bertambah malang bagi Farhan, dia tidak tahu
bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran. Tazkirah yang seringkali ditunggu
oleh semua pelajar kini dicemuh, dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya
kecuali kekasih hatinya,Nisa.

Afiq, si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat
sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Farhan
bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Pa’an, sebenarnye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Afiq secara perlahan.

“Hah?!”Terkejut Farhan. Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Farhan.

“Eh, tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan
aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!” Farhan
memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..” bush.. satu tumbukan hinggap di pipi Afiq.

“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali
lagi Farhan memotong, laju benar susun katanya.

“Aku menyesal bagitahu kau, aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?! Musuh?!” Farhan marah lagi.
“Na’am! Musuh Allah, musuh agama Allah! Ko nasihat orang jangan bercouple, jangan
zina hati, jangan itu, jangan ini tapi dalam masa sama kau buat! Ko lupa ayat-ayat
surah As-Saf yang ko selalu baca time jadi Imam? Ko lupa?! Meh aku ingatkan ko!
Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan, sungguh besar
kemurkaan Allah pada engkau! Ya, pada engkau Farhan! Allah memurkai mu dan layaknya
aku membenci mu!” Balas Afiq dengan penuh perasaan kecewa. Lalu dia
meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.
Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik
khas, bilik Farhan dan Afiq. Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi
keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm, memandangkan mereka
ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu. Pelajar-pelajar senior
yang mendengarnya keluar dengan berlari, hati mereka ingin benar mengetahui apa
yang berlaku namun kelihatan hanya Afiq sedang berjalan menuju ke
tandas. Berbeza pula dengan pelajar junior, mereka dengan lajunya menutup lampu
dan berpura-pura tidur, bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para
senior malam itu.

Kata-kata Afiq benar-benar menikam qalbu terus ke akal. Tersentak Farhan buat
seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula. Tidak, dia baru sedar yang dia
dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan
terus merudum jatuh menyembah bumi. Jika dia terus begini, tiada lagi ‘Abg Farhan Si
Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Farhan’. Tiada lagi kesetiaan, tiada lagi kepatuhan
dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka. Apa yang
ada hanya lakonan. Buah di luar, duri di dalam.
Dikuatkan hati, diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih
hatinya. Tapi ternyata dia gagal. Semalaman dia tidak lena, pening memikirkan
jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya. Akibatnya, dia tertidur di dalam
kelas.

“Farhan, bangun!”Arah Ustazah Azwani, ustazah matematik tambahan yang terkenal dengan
garang dan keayuan. Sambil pulas telinga Farhan.
Farhan terjaga dari lenanya dan terus berdiri sambil memegang telinganya.

“Apa dah jadi dengan awak ni? Dalam kelas tidur, luar kelas bercinta!”Marah Ustazah
Azwani.

     Awan hitam kini melitupi Farhan,dia merasa tersangat malu. Bukan arang yang
diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis, najis manusia, manusia yang bernama
Farhan, najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas, dia hanya tunduk terdiam.
Farhan bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik. Dia tidak sedar akan
tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam
berpolitik. Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata
lain, dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.
Marah Ustazah Azwani tadi bukan sahaja menampar Farhan tapi terbias juga kepada
pasangannya, Nisa. Nisa tunduk, akur dengan kesilapannya. Kini, dia sedar bahawa dia
telah menarik Farhan ke lembah kebinasaan. Surat pertamanya,s urat tanda terima
kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka. Dia sudah sedar
segala-galanya.  Surat, hadiah dan fatwa-fatwa Farhan itu merupakan alatan-alatan
yang dibuat oleh syaitan. Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan
unsur kemaksiatan, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, hanya mata hati dapat
mengesannya.

     Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang, menulis surat terakhir,s urat tanda
perpisahan, suratyang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala
keburukan. Dengan nekad yang kuat di dalam hati, keyakinan yang tinggi terhadap
Islam, Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.
Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun, ayang sedar satu benda, benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama, kita telah balutinya dengan
cinta yang penuh dengan kepalsuan. Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang
kukuh. Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman
tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat. Benar kita tidak pernah
berjumpa, berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati
tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba
yakni perbuatan mendekatkan dengan hati. Maknanya, dengan hati pun tidak boleh
dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang
percaya. Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan, membersihkan najis dengan air
kencing sendiri. Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor, mengalir dan terus
mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya pada jodoh. Jika kita dijodohkan bersama, Insya Allah, kita
akan bersama. Tidak perlu bercouple atau berkenalan, jika Allah nak kita
bersama, insya Allah kita bersama.
Percayalah, itu hak Allah. Dia boleh buat apa yang dia suka. Dia yang menghidupkan
Isa tanpa bapa, menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim, memutuskan air
penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa. Jika semua
perkara ganjil itu Allah yang buat, apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal
kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.
Ukhwah Fillah.
Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan
supaya tulisan tidak hilang. Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan
menulisnya kembali supaya Farhan faham isyarat yang cuba diberinya. Hati Nisa tidak
mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan. Kemahuan ditolak ketepi walaupun
perit menolaknya.
Surat keramat diletakkan di atas meja Farhan, kali ini tiada lagi air laici dan
tiada lagi choki-choki, surat semata-mata. Naim membacanya dan dia telah bersedia
dengan keadaan ini. Tiada lagi air mata, tiada lagi tangisan tiada lagi
kedukaan. Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta
yang berpaksikan maksiat semata-mata.
Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini. Tengah
dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir, hidayah Tuhan sampai. Cahaya yang akan
menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang
akan membaca cinta ini kepada CINTA.
Dengan penuh yakin, dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin, jika dia
menulis surat balas, syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke
atasnya. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat
nanti.









2 comments:

cik annur said...

wowww..menarik...!!!!
xtahannya nama aq ada..haha
ustazah lak tu...:)

Meisters Studio™ said...

ok la tu jd ustazah... ke nk jd akak jugak??

Post a Comment