Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

Thursday, May 17, 2012

18 cara merawat Hati



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."

Bukhari dan Muslim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.

Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

Artikel oleh Ustaz Abu Basyer / Design Oleh Zulhafidz Yahaya
بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112)

Thursday, March 15, 2012

KENAPA KITA DI LARANG MENGELUH??

KENAPA KITA DI LARANG MENGELUH??

Kita mengeluh : "tak mungkin"
Allah menjawab : "jika Allah mengkehendaki sesuatu, cukup dgn berkata jadi,maka jadilah ia (surah Yasin:82)

... kita mengeluh : "saya terlalu penat dan lelah"
Allah menjawab : "Aku ciptakan tidurmu untuk istirahatmu" (Surah An-naba:9)

Kita mengeluh : "saya tak mampu menanggung dugaan ini"
Allah menjawab : "Allah tidak mmbebankan sesuatu pd seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya" (surah Al-baqarah:286)

Kita mengeluh : "saya sangat stress"
Allah menjawab : "hanya dgn mngingati Allah, maka hati akan menjadi tenang" (Surah Ar-Ra'du:28)

Kita mengeluh : "tak ada guna nya"
Allah menjawab : "maka barang siapa mengerjakan amal kebaikan walaupun seberat zarah, nescaya ia akan melihat kebaikannya" (Surah Al-zazalah:7)

p/s : setiap persoalan dlm hidup kita ada jawapannya..maka,STOP mengeluh dan hiduplah dgn berpandukan AL QURAN dan SUNNAH.. wallahu'alam=)

Friday, March 9, 2012

Tombo Ati iku limo perkorone...


OpickTombo Ati
Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi



Bukan sekadar mendendangkan lagu, bukan sahaja untuk diperdengarkan, tetapi lagu ini memberi nasihat. Nasihat yang membantu kita di dunia yang fana ini untuk akhirat kelak…

Tidak disuruh menjadi penyanyi, tidak juga dipaksa menjadi artis, tetapi kita perlu menjadi musafir di bumi Allah ini untuk menuntut ilmu. Ilmu dimana-mana sahaja. Kata Nabi kita Muhammad s.a.w. tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.. ini menggambarkan ilmu ini begitu luas. Dimana-mana sahaja kita berda pasti ada benda yang kita akan pelajari.

Berkenaan dengan lagu Tombo Ati(dlm bjs Jawa) atau Ubat Hati.. Kenapa hati ini perlu diubati? Sebab hati kita selalu sakit dengan bermacam hal dunia… Jadi hati kita perlu di “renovate” untuk kesejahteraan diri kita dan untuk semua orang.

Kaping pisan moco Qur’an lan maknane/ Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Baca tidak selalunya faham, faham tetapi jarang mengetahui. Al-Quran.. Kitab Allah Sepanjang zaman. Kenapa disebut sepanjang zaman? Sebab ia kekal abadi hingga ke akhirat. Tidak musnah di hari akhirat. Al-Quran akan menjadi pembela umat Muhammad s.a.w yang mendampinginya. Al-Quran perlu didampingi selalu tidak kira siang atau malam, pastikan Al-Quran ada di sisi anda. Tidak kisahlah dalam apa jua bentuk sekalipon. Al-Quran dibaca dengan tertib, jelas dan betul, dan faham isi kandungannya, tidak tergopoh-gapah, perlu melagukannya, bagi yang permulaan tidak melagukannya pon idak apa, asalkan baca dengan tertib dan betul ayat suci itu,  baca agar faham makna ayat tersebut, baca bukan setakat baca atau meagukan, tetapi perlu memahami makna ayat yang terkandung.

Kaping pindo sholat wengi lakonono/ Yang kedua sholat malam dirikanlah
Kita semua tahu bahawa perbezaan solat wajib dan sunat. Solat wajid itu wajid dilakukan, berdosa ditinggakan. Subuh, Zohor, ’Asar, Maghrib, Insya’. 5kali sehari semalam, yang tercatat dalam Al-Quran dan Rukun Islam yang ke2.. Jika  tidak percaya salah satu rukun iman atau islam, maka ia dah terkeluar dari Islam, nauzubillahi minzalik. Jangan sesekali tidak percayainya. Berbalik kepada solat malam, banyak jenis solat malam yang boleh kita lakukan, ia bukan paksaan tetapi hanyalah sunat, buat dapat pahala, tidak buat tidak mengapa. Tiada dosa atas perkara tersebut, tetapi yang menjadi dosa ialah tinggal perkara wajib, yakni sengaja tinggal solat wajib. Ada 16 solat sunat yang di senaraikan di bawah ini:-
1. Sunat Rawatib - iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis:

a. Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya';

b. Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.

2. Sunat Dhuha - solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

3. Sunat Witir - solat selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.

4. Sunat Tahajjud - solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur.

5. Sunat Tasbih - solat yang mengandungi 300 tasbih, dan dianjurkan sekurang-kurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat rakaat, dengan satu salam jika dikerjakan pada siang hari, dan dengan dua salam jika dikerjakan pada malam hari.

Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga (atau 10 tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua, dan selepas tahiyyat akhir di rakaat terakhir sebelum salam.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

6. Sunat Hajat - solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

7. Sunat Tahiyyatul Masjid - solat ketika memasuki masjid.

8. Sunat Taubat - solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi perbuatan mungkar.

9. Sunat Musafir - solat sebelum keluar untuk bermusafir.

10. Sunat Hari Raya - solat pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha, dan mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua.

11. Sunat Tarawih - solat selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.

12. Sunat Istikharah - solat untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu dalam mengambil keputusan. Sebaiknya dikerjakan pada 2/3 malam terakhir.

13. Sunat Mutlaq - solat sunat tanpa sebab dan tidak ditentukan waktunya, juga tidak dibatasi jumlah rakaatnya.

14. Sunat Wuduk - solat selepas mengerjakan wuduk.

15. Sunat Khusuf (Gerhana) - solat sunat sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

16. Sunat Istisqa' (Minta Hujan) - solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh. Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa’. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.


Kaping telu wong kang sholeh kumpulono/ Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Banyak perkara yang kita tidak tahu, banyak lagi ilmu yang perlu kita pelajari. Jadi, datanglah tamu yang punya ilmuan bertamu ke tempat kita di surau atau masjid untuk tabur ilmu tersebut dariketentuan Ilahi. Apabila ad ceramah, forum dan sebagainya, pergilah dengar. Ilmu ada dimana-mana sahaja, tetapi memilikinya susah. Ilmu dari orang soleh juga sangat susah dimiliki jika keangkuhan kita tidak mahu dengar ceramah. Dalam ceramah itu juga ada terselit nasihat dan pengajaran yang boleh kita amalkan untuk hidup harian kita. Bahkan kita boleh sampaikan kepada orang lain. Sibuk dengan urusan dunia, carilah masa untuk pengisian rohani dengan mendengar ceramah-ceramah agama supaya ada ilmu tambahan yang boleh mambawa kita ke akhirat..

Kaping papat kudu weteng ingkang luwe/Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Puasa adalah menahan lapar dan dahaga dari terbit matahari hingga terbenamnya matahari. Puasa juga ada wajib ada juga sunat. Yang wajibnya adalah berpuasa di bulan mulia iaitu bulan Ramadan. Puasa sunat pula seperti puasa isnin dan khamis, puasa sunat bulan Rejab dan Sya’aban, dan sebagainya. Berpuasa mengajar kita erti kesusahan, sabar, dan berjimat cermat. Kenapa sebegitu rupa? Berpuasa mengajar sesuatu perkara yang tidak kita terfikir tentang kesusahan, bagaimana susahnya orang yang tiada makanan atau orang yang susah mendapat makanan pada waktu perang. Berpuasa juga mengajar erti sabar, kesabaran yang tinggi membuat kita lebih hebat. Atas perkara apa yang perlu kita sabar? Iaitu perkara yang melemahkan syahwat iaitu nafsu. Nafsu ada tunjang utama kelemahan umat Islam. Jika nafus kuasai diri, nescaya seseorang tu akan lemah imannya, jadi berpuasa mengajar erti sabar, sabar atas setiap perkara yang kita lakukan. Berpuasa mengajar kita erti berjimat cermat. Eh.. betul ke? Ya, betul. Kenapa saya katakana demikian. Cuba kita perhatikan bulan yang bukan puasa, berapa banyak wang yang kita belanjakan untuk makanan selama sehari? Bandingkan pula dalam bulan puasa. Nampak sejauhmana perbedaan itu. Itu untuk makanan, bagaimana pula yang lain? Sebab itu berpuasa mengajar kita berjimat cermat, dari berboros tak tentu arah. Boros adalah salah satu sifat syaitan. Syaitan akan cuma menghasut kita untuk berboros. Tidak kira dimana jua anda berada.

Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe/Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Zikir, tasbih dan tasmidlah kepada Yang Maha Agung yakni Allah S.W.T. Banyakan zikir, tak kiralah pada waktu bila, tapi seeloknya pada waktu malam. Selepas solat juga boleh dilakukan, malah duduk bersahaja juga boleh kita zikir. Itu bergantung atas individu itu sendiri. Konsepnya juga sama, buat dapat pahala, tidak buat tiada dosa. Tapi lebih baik kita buat, tak salah pon, malah tambah pahala. Dosa dengan pahala, yang mana pilihan anda? Mestilah pahala. Tapi adakah Allah akan beri begitu sahaja? Tidak. Kita perlu mencari keredhaan Allah, cari pahala Allah.

Apa yang baik itu dating dari Allah, yang buruk itu dating dari diri yang tak seberapa ini.
Jika ada salah dan silap, jangan diamkan diri, berilah teguran kepada hamba Allah ini.
Hamba Allah ini sedang belajar.
Wallahu’alam..
fadhlifarid

Saturday, February 4, 2012

Maulid Nabi

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1433H

Mari berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. bersempena hari Maulidur Rasul. 


Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..
Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.

Wednesday, February 1, 2012

Terjah Menerjah Ke Perpustakaan UniMAP Pauh, Kampus Tetap.

Hari ini 1/2/2012 hari Rabu. Aku(Fadhli Farid) dan sahabatku('Ezzat Bokhari) terjah ke library UniMAP yang baru dan akan dirasmikan oleh BRIGEDIER JENERAL DATO' PROFESOR DR. KAMARUDIN HUSSIN pada hari Jumaat ini 3/2/12. Perpustakaan ini punya 3 peringkat@aras..

    Aras pertama iaitu Ground Floor bertemakan warna "Orange" ala-ala oren kekuningan. Aras kedua iaitu 1st Floor bertemakan warna "Green Leaf" . Aras ketiga iaitu 2nd Floor bertemakan "Blue Sky" . Hampir 30 minit kami terjah kesana kemari bersama pemandu arah. Kerana kaget melihat hasil seni bina dan warna warni di dalam perpustakaan, aku terlupa nama abang tu...

Dalam perpustakaan ini juga akan dilengkapi dengan cafeteria kecil, untuk makan dan minuman ringan. Pelbagai barangan yang canggih juga diletakkan di dalamnya seperti System Matrix Card User, Touch-Screen HP Notebook, Computer Room with Wireless Printer, dan banyak lagi. Ruang lobi ground floor di pintu masuk akan diletakkan 50 jenis bahasa yang menyebut 'PERPUSTAKAAN'. Kubah perpustakaan di ambil dari konsep Kapal TITANIC.

Ini adalah sedikit pemandangan luar perpustakaan.




























Ground Floor: Orange Light
Akan datang, pelbagai replika dan arca yang menarik di lobi ground floor, buat masa sekarang, hanya replika buku gergasi di pintu masuk.





1st Floor: Green Leaf
Dilengkapi dengan Astro Zone, Cafe Bistro Zone, Bridge Knowledge, Bilik Perseorangan, Ruang Ilmu dengan Buku-Buku, Gaming Zone(myb PS3 akan ada disana) dan Meeting Room.












































2nd Floor: Blue Sky
Dilengkapi dengan Master & FYP Room Zone(hanya pelajar FYP dan Master sahaja), U-Zone(Rak Buku berbentuk U yang pertama di Malaysia, perpustakaan universiti lain xdak lagi tau), Noise-Zone(Bilik Bising), ala-ala Pawagam(Dewan Utama Perpustakaan), Bilik Komputer(mereka terlupa tentang bilik ini)





































seperti yg dijanjikan, night view telah pon ada..


Majlis Pra-Pelancaran: