Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, November 12, 2010

10 tabiat rosakkan otak.

10 tabiat rosakkan otak.
1. Tidak mengambil sarapan pagi
  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Thursday, November 4, 2010

JANGAN MENANGIS


Cuti semester 3 kini bermula, berbunga-bunga hati Faris pulang ke kampong halamannya. Destinasi Kedah. Sambil menunggu bas untuk pulang ke kampong, tangan kidalnya bergerak memasuki satu poket, dicapainya Sony Ericsson 530i bersama dengan earphone. Entah kenapa waktu itu lagu yang didengarinya semua lagu cinta, antaranya Edcoustic-aku ingin mencintaimu, maher zain-barakallah dan banyak lagi lagu sewaktu dengannya.
Bas Etika berhenti di platform 11. Kaki melangkah menuju ke pintu bas Etika. Tangga bas didaki dengan keriangan. Kini masanya untuk mencari tempat duduk. No 11. Tempat duduk single. Berada ditengah bas. ‘Alhamdulillah’ terbit dari bibirnya itu. Siap menyusun bagasinya, sekujur badan dilabuhkan ke kerusi lembut. Oleh kerana lama menunggu, Sony Ericsson diambilnya sekali lagi. Kini beralih ke ikon radio. Siaran IKIM dicari. IKIM adalah salah satu stesyen Radio versi Islamic syle. Radio Islam alaf kini.
Setelah kian lama menunggu, terasa lapar menjadi-jadi. Sudah kebiasaan, Puduraya penuh kesesakan dan ramai orang. Bas masih belum bergerak, tangan kanannya mencapai ke satu bungkusan roti yang dibelinya di gerai Puduraya. Sandwich, dan roti berkrim menjadi menu isi perut sebelum sampai ke destinasinya.
20 minit berada diatas bas, akhirnya bergerak juga. ‘Handphone’nya berdering. Ummi terpapar di’skrin’ , lantas Faris mengangkat panggilan itu. suara Ummi manyapa. 
“Assalamualaikum, Faris duk kat mana sekarang? Dah bertolak dah ka? Nanti ummi nak pi ambik kat mana sampai nanti?” loghat Kedah terusik minda Faris sejenak. Lama sungguh Faris tak pulang ke kampong.
“Wa’alaikum salam, Faris duk kat Pudu lagi, bas baru ja bergerak, tak keluaq lagi kawasan Pudu, nanti mak pi ambik Faris kat Kangar, Faris nak pi rumah kawan sat kat sana. Kat Taman Cempaka.” Loghat utaranya masih lancar walaupun dah bertahun duduk di Kuala Lumpur. Faris, belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur iaitu Universiti Islam Antarabangsa(UIA). Jurusan Syariyah dan Ussuluddin. Ijazah sarjana muda.
“Nanti ummi nak kena pi ambik kat stesen bas ke kat Taman Cempaka?” soal Ummi sekali lagi.
“Kat Taman Cempaka pon tak pa Ummi, dekat sikit dengan rumah kita.” Ujar Faris.
“Baiklah kalau macam tu. Sampai nanti habaq kat Ummi noh. Assalamualaikum.”
“InsyaAllah, Wa’alaikumsalam” ganggang telifon dimatikan.
Gembira hatinya dapat mendengar suara yang dirindui walaupon selalu bercakap dengan Ummi tercintanya. Badan terasa penat, mata mula nak pejam. Pandangan menjadi kabur, lena dengan siaran IKIM di telinganya.
~~~~~
6jam berada diatas bas, sejuk penghawa dingin menjadi-jadi. Akhirnya destinasi yang ingin dituju oleh Faris  tiba. Pijaknya kaki ke tanah Kangar, kaki melangkah ke masjid berdekatan, untuk solat jamak dan Qasar. Bertolak pukul 6.30 petang, tiba 1.25pagi.
                “Sat lagi la habaq kat Ummi, baik aku pi solat dulu.” Berbicara sendirian.
~~~~~
                “Assalamualaikum” Kuat suara Faris memberi salam. No 45 Taman Cempaka. Loceng di pintu pagar juga di tekan. Tiba-tiba pagar rumah no 45 terbuka dengan sendirnya.
                “Wa'alalikum salam.” Menerpa satu tubuh yang agak sama saiz dengan Faris memeluknya. Sahabat seperjuangan Faris, Faiz Baharuddin. Anak orang yang berada. Selalu tolong Faris bila susah.
                “Masok la dulu, lama hang duk UIA.” Ajak Faiz.
                “Eh tak payah lah, sat lagi Ummi aku sampai. Nak balik kampong. Kita jumpa kat sini jadi lah.” Tolak Faris hormat.
                “Takpa, masok dulu mak ayah aku ada kat dalam, depa dengar hang dah sampai, teruih tak tidoq. Jom-jom.” Pujuk Faris.
Faris terpaksa akur dengan permintaan Faiz. Faiz banyak membantu dia semasa di UIA lagi. Selepas bersalam dengan ayah ibu Faiz, mereka berborak bertanya khabar. Faris mengundur diri sekejap untuk beritahu Ummi yang dia ada di rumah Faiz.
~~~~~
Sejam kemudian, Ummi pon sampai.sesudah salam dengan keluarga Faiz, Faris pulang bersama Ummi dengan kereta  Proton Wira lama.
                “Ummi dengan ayah ada benda nak cakap dengan Faris. Tapi kita bincangesok lah boleh.” Suara Ummi suspen.
                “Apa dia Ummi?”
                “Esok saja la kita bincang!”tegas. Faris menurut saja permintaan Umminya.
~~~~~
Hari yang dinantikannya telah tiba. Seusai solat subuh di masjid, Faris terus pulang.
                “Apa yang Ummi aku nak habaq? Macam ada benda penting ja!”
Belom sempat Faris nak menyoal, Ayah memanggil. Perbincangan awal pagi…
                “Faris, ayah ada benda nak bincang dengan Faris. Tapi Faris kena bawak mengucap, tenang, sabar. Boleh?” soal ayah. Suara garau menakutkan Faris sejak dulu.
Kepala hanya bergerak faham.
                “Umur Faris dah 22 kan. Ayah nak bagi Faris kawen dengan seseorng. Orang yang Faris kenai sejak kecik, tapi jarang jumpa. Kami dah rancang nak satukan Faris dengan menantu pilihan kami. Dia seorang wanita yang solehan, lemah lembut, pandai mengaji dan baca al-Quran. Nama dia Halimah Hussin. Mak ayah dia pond ah setuju. Cuma kami tak tanya kat hang saja. Boleh? Setuju?” ayah Faris menjadi ketua perbincangan.
Diam seluruh rumah. Bisu. Suara sekat-sekat menyebuat nama Halimah.
                “Ha..Halimah. sapa Halimah?”berkerut dahi si pendengar setia,Faris.
                “Takkan tak ingat. Anak pak Hussin. Tak pa nanti mak bawak Faris pi hantaq hantaran menikah.” Ujar Ummi.
                “Tak boleh kat bertunang dulu Ummi? Awat cepat sangat nak suruh Faris menikah. Faris tak sedia lagi Ummi.” Kepala sudah bingung. Kenapa tiba-tiba? Menikah? Anak Pak Hussin? Halimah? Fikiran Faris buntu.
~~~~~
                “Faris, cepat bersiap. Pak hang dah tunggu ni. Cepat.” Desak Ummi.
Diam. Hanya menurut perintah.
                “Ha.. Segak pon anak Ummi. Jom cepat, kita dah lewat ni.”
Hari akad nikah menerjah benak Faris. Belajar belum habis, dipaksa menikah. Belum bersedia mendirikan rumah tangga, akad nikah hari ini tiba. Rasa lemah diri menghadapi ujian. Tapi menurut saja kehendak Ummi dan Ayah. Kata-kata Ustaz Hj. Zubiddin bermain di fikirannya.
‘Jika calon isterimu itu adalah pilihan ibu bapamu, maka terimalah dengan seadanya. Kerna Ujian yang Allah berikan kepadamu itu ada hikmahnya. Manisnya hidup berumah tangga dengan orang yang kita belum kenali , pahitnya berkeluarga dengan isteri yang kita kenal sebelum berkahwin.’
~~~~~
Masjid Al-Barakah. Tempat akad nikah berlangsung. Setelah di ijab kabulkan, Faris perlu bergerak ke tempat isterinya duduk, untuk menyarung cincin dan bersalaman dengannya. Tangan kasar tiba-tiba terhenti untuk menyarung cincin ke jari halus isterinya. Lembutnya tangan Halimah. Muka saling memandang. Wajah isteri solehah bersinar bagai cahaya putih. Sehinggakan lupa orang sekeliling melihat kelakuan mereka berdua. Si isteri mengucup tangan Faris seusai penyarungan cincin di jari.
Lidah kelu. Hanya ayat ini saja yang disebut Faris. “Halimah…..awak adalah wanita pilihan Allah, kurniaan Allah untukku. Syukran jazakallah….” Dan ayat yang terucap semakin pelik bunyinya..
Barulah Faris kenal siapa Halimah. Wanita pilihannya sejak sekolah menengah.. Cinta remaja. Tapi tak bercouple macam orang lain. Cuma berterus terang dengan ayah dan Umminya. Kini didepan mata.
Petang itu Faris membawak isterinya bersama sanak saudara ke pekan. Saja berjalan-jalan. Hari itu juga ada pasar malam.hari belum gelap, jadi mereka berdua perpegangan tangan menuju ke gerai dalam pasar malam dengan berpakainan putih pengantin.
Halimah meminta izin untuk ke kedai pakaian seberang jalan. Bersama dengan saudara perempuan. Faris melepaskannya pergi. Tetapi hatinya berasa sangsi. Mahu dilepaskan atau ikot sekali. Barangkali mahu membeli pakaian wanita. Jadi Faris dengan adik lelakinya itu tunggu di tepi jalan. Dalam keadaan sibuk kereta bergerak, mata Faris terpandang ke arah kereta hitam yang sedang hilang kawalan. Menuju ke semua arah. Di benak hatinya ‘Isteriku’. Dengan pantas dia meninggalkan adik lelakinya di gerai tepi jalan, menuju kearah isterinya. Cuba untuk menyelamatkan isterinya. Isterinya terselamat tetapi Faris dilanngar kereta hitam itu. melambung 30meter. Kereta hitam itu berpusing lalu membelah dinding balai polis berdekatan. ‘kaboom’ kereta hitam itu meletup.
Keadaan Faris parah teruk. Kepala berdarah laju. Halimah meluru kearah Faris, mengangkatnya. Baju putih kini bewarna merah darah. Si isteri menangis sambil memeluk suaminya. Baru menikah dah berlaku kejadian seperti ini. Pandangan Faris mulai kabur. Faris ternampak gugusan air mata Halimah jatuh berderai. Air mata Halimah bersinar-sinar bagai mutiara turun dari langit.
Faris nazak. Sempat dia berkata-kata.
                “Hali..mah…terima kasih kerna jadi isteri Faris. Far..is dah sampai masanya.”
Faris semakin nazak. Saudara maranya ada yang menangis, ada yang menelifon ambulan. Hati Halimah remuk, tapi bibir masih beristighfar dan mengucapkan nama Allah. Berulang kali. Ucapan syahadah terbit dari bibir Halimah mengajar Faris mengucap. Halimah tahu Faris tengah nazak. Bacaan ayatul Yassin di pinta Faris. Mujur Halimah seorng penghafal surah Yassin.
Selamat tinggal dunia fana. Faris meninggal dunia ditempat kejadian. Tinggallah sorang isteri yang tabah menghadapi ujian Allah yang maha berat. Syukur dan zikir tak henti.
~~~~~
Di pusara Faris, terduduklah seorang insan lemah lembut. Satu-satunya orang yang tidak menitiskan air mata ketika menziarahi pusara Faris adalah Halimah. Bibirnya selalu memburatkan rasa bahagia dan rindu. Pada setiap doa dan munajatnya kepada Allah, Halimah selalu berkata, “aku bahagia menjadi teman hidupmu walau sementara.dan aku tidak akan berkahwin dengan jejaka lain selain kamu Faris. Dan aku menunggu masa apabila Allah memanggilku dan kita dapat bertemu semula . insyaAllah”
Selamat Tinggal
Sayonara
Gomenne
The end…..