Sebagai umat islam, kita seharusnya menyedari dengan keyakinan yang hakiki bahawa kita TELAH mempunyai segalanya pada masa ini, kerana hanya dengan menghayati apa yang kita miliki pada waktu ini barulah kita dapat membuatkan kehidupan kita sepertimana yang kita impikan. Kita mesti belajar untuk menerima dan redha terhadap kehidupan kita pada masa ini. Kita hidup di dunia yang serba cukup walaupun majoriti dari manusia mempelajari bahawa dunia ini kejam dan sentiasa tidak cukup.
Sebenarnya, anugerah Allah adalah tidak terbatas merangkumi perkara-perkara baik, perkara-perkara yang indah dan pengalaman yang menarik dan berguna. Segalanya adalah mencukupi bagi semua makhlukNya, sentiasa cukup! selama ini kita telah tertipu, kita telah dipengaruhi oleh pendapat yang tidak benar yang mengajar kita bahawa hidup ini penuh derita, sengsara dan sumber-sumber yang terhad. Hakikat yang sebenarnya ialah kehidupan kita serba cukup dan kita mampu memiliki apa yang kita mahukan.
Hasan al Bashri ditanya tentang rahasia zuhudnya. Ia menjawab: “Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, karena itulah qalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain karena itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, karena itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, karena itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah.
Ramai dari kita berfikiran bahawa siapa kita, apa yang kita ada, apa yang kita lakukan adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu pendapat yang silap. Kita telah belajar tentang Hukum Tarikan, dan bilamana kita masih secara tanpa kita sedari, masih beranggapan bahawa kita masih belum bercukupan dalam hidup, kita masih lagi menarik frekuensi ketidakcukupan kedalam hidup kita. Jika kita merasakan bahawa diri kita tidak sempurna, ini adalah betul dan benar, tetapi jika kita merasakan bahawa apa yang kita miliki tidak masih tidak cukup, maka kita akan berterusan menerima keadaan ketidakcukupan.
Maka inilah masanya untuk kita menyedari hakikat bahawa kita adalah dalam keadaan sentiasa cukup. Kita mesti mengakui bahawa diri kita pada saat ini adalah cukup sempurna sebagai manusia dalam konteks kesempurnaan seorang hamba. Kita cukup sempurna, sebagaimana diri kita sekarang ini. Sekiranya kita tidak mahu mengakui hakikat ini, kita akan sentiasa merasa tidak puashati dengan apa yang kita ada dan hati kita akan menjadi susah untuk bersyukur dan mensyukuri nikmatNya. Barang siapa yang mengira lenyapnya kasih sayang Allah dari ketetapan (Qodar) Allah, maka yang seperti ini adalah karena dangkalnya pandangan iman.”
Menduga duga tentang pemberian Allah, terutama berburuk sangka kepada-Nya atas nikmat nikmat-Nya adalah perbuatan dosa. Seorang hamba dilarang menduga bahwa Allah telah mengurangi kasih sayang dan pemberian-Nya karena sesuatu bencana yang sedang dialami oleh si hamba.
Jadi, bilakah kita akan merasa berpuashati? Bilakah kita akan bersyukur? Adakah setelah kita dapat menurunkan berat badan sebanyak 10kg? Atau setelah memiliki wang simpanan sebanyak RM1 juta? Atau setelah menemui pasangan kekasih yang ideal? Apakah selagi kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, kita tidak mahu bersyukur? Bagaimana kita membuat ukuran untuk berasa puashati dengan hidup dan seterusnya bersyukur?
Kita tidak perlu menunggu sehingga segala impian kita tercapai untuk dapat menikmati dan menghayati rasa kecukupan dalam hidup ini kerana jika kita berfikiran begini, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan ini dan kita tidak akan berupaya untuk berasa ikhlas dalam mengucapkan syukur kita kepada Allah.
Apa kata jika kita selarikan fikiran dan perasaan kita dengan rasa serba cukup? Kamu adalah sempurna sebagai seorang manusia, kamu adalah seorang yang mempunyai segalanya dari segi rohaniah, jiwa dan semangat, yang membolehkan kamu untuk memiliki apa yang kamu inginkan dalam kehidupan kamu dan mencapai cita2 dan matlamat hidup kamu.
Kamu ada segalanya yang kamu perlukan dalam jiwa kamu, untuk mendapatkan pekerjaan yang kamu sukai, pasangan yang kamu impikan, dan juga cita2 kamu. Kamu sentiasa mempunyai segala yang kamu perlukan. Berpuashati dan bersyukurlah dengan apa yang kamu telah miliki sekarang ini. Katakan pada dirimu " Aku berpuashati dengan apa yang aku telah miliki, dengan segala yang telah dikurniakan Allah kepada ku selama ini, Kasih sayang, kebahagiaan, perlindungan keselamatan segalanya ada padaku, anugerah dari Allah yang Maha Kaya Raya, Maha Suka Memberi, Maha Pemurah, Maha sebaik-baik pelindung"
Mulakan dari sekarang, pada saat ini, dengan apa yang telah ada pada kita pada saat ini. Tetapkan matlamat kita, kenalpasti apa yang kita inginkan, yakini bahawa kita pasti akan dapat mencapai matlamat dan apa jua impian kita dan cuba rasakan bahawa kita telah pun mencapainya.
Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina (Surah Ghafir:60)
Apabila kita memohon dengan penuh husnuldzon, dengan hati yang penuh rasa syukur kerana telah dapat menghayati rasa cukup dalam hidup, Insya Allah, doa kita akan cepat dimakbulkan. Kerana inilah, kita perlu memahami Hukum Kecukupan, bukan sahaja memahami Hukum Tarikan.
Jika Allah memakbulkan doamu maka Dia mencintaimu,Jika Allah belum memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu,Jika Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia merencanakan sesuatu yang lebih baik untukmu.
Firman Allah: Ini adalah kurniaan Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau sebaliknya dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya kembali kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah. (An-Naml-40)
Manusia itu diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian, sesempurna kesempurnaan seorang manusia yang diberi tugas besar sebagai Khalifah dimuka bumi ini, maka Allah telah membekalkan kepada manusia keistimewaan2 dan kelebihan berbanding dengan makhluk Allah yang lain. Antara keistimewaan dan kelebihan kita yang dibekalkan Allah adalah bumi ini diciptakan serba cukup mewah . Kita perlu menselarikan fikiran dan perasaan kita dengan keadaan persekitaran kita didunia ini yang pada hakikat sebenarnya adalah serba cukup dan mewah.
Hayatilah apa yang Allah mengingatkan kita tentang Kecukupan Alam :
Allah telah menciptakan langit dan bumi, menurunkan air hujan dari langit, dengannya dikeluarkan buah-buahan yang boleh menjadi rezeki bagi kamu. Ia memudahkan bagi kamu kapal untuk belayar dilautan dengan perintahNya dan memudahkan kamu menggunakan sungai dan memudahkan untuk kamu matahari dan bulan yang terus beredar atau di sungai-sungai. Semuanya itu dengan perintahNya. Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu pohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar tidak berterima kasih. (Ibrahim, Ayat 31-34)
Kita dihidupkan dalam satu keadaan dimana diri kita ini adalah bersambung dengan aliran tenaga. Apabila kita telah membuat keputusan untuk merubah cara minda kita berfikir kepada sentiasa cukup, maka kita telah menarik tenaga2 sentiasa cukup itu dalam hidup kita. Kecukupan/kesempunaan bukan bermakna hanya cukup-cukup, tetapi tetapi mewah dan tidak putus-putus. Segala yang kamu inginkan, kamu boleh perolehi dengan jumlah yang maksima.
Kita boleh lihat bukti dengan melihat beberapa manusia yang kita selalu panggil dengan gelaran manusia cemerlang, yang mana mereka ini sebenarnya faham akan apa itu Hukum Kecukupan dan Hukum Tarikan. Kerana itu, kita dapat melihat, mereka hidup dalam keadaan yang mereka impikan. Penuh kasih sayang, Pasangan yang sempurna, Anak-anak yang membahagiakan dan berjaya, Kerjaya yang mereka minati, ekonomi yang stabil, dan juga gaya hidup yang bersih, gembira, taqwa dan penuh kesyukuran. Air muka yang sentiasa tenang dan bersih.
Kita sebenarnya selalu mengikutkan hawa nafsu yang memang tidak pernah merasa puas, tetapi cepat muak. Selalu tidak pandai untuk menghayati apa yang kita perolehi, tidak bersyukur dan kadangkala tidak perasan dengan nikmat yang ada dihadapan kita. Oleh sebab inilah, maka kita berterusan hidup dalam keadaan sering tidak cukup, merungut dan tidak puas hati, kerana secara kita tidak sedari, mengikut Hukum Tarikan, kita akan sentiasa menarik frekuensi serba tidak cukup dan tidak puashati dalam hidup kita.
Kebahagiaan yang sebenarnya bukanlah diukur dari berapa banyak wang yang kamu ada, atau berapa besar rumah kamu, atau berapa mahalnya kereta kamu, tetapi kebahagiaan yang sebenarnya adalah apabila kamu betul-betul merasakan kebahagian pada hati kamu dengan apa yang telah kamu miliki, dan juga apabila kamu mendapati hati kamu berasa tenang, aman dengan apa yang kamu ada pada hari ini. (tidak merasakan lagi aku perlu itu, perlu ini, baru aku boleh senyum). Apabila kita telah berjaya mengajar diri kita untuk mendapat kebahagiaan dalaman (jiwa/rohani) barulah kita dapat menarik kebahagiaan material (luaran ) kedalam kehidupan kita
Maka, terapkan dalam hati kita sekarang ini, Aku syukur dan bahagia dengan apa yang Allah kurniakan padaku selama ini, "I have plenty" . Bersyukurlah dan berbanggalah dengan apa yang kamu ada dan dengan pencapaian kamu sekarang, maka dari situ, kamu akan dapat menambahkan lagi apa yang kamu belum capai.
Qana'ah
Qana’ah adalah sikap rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya serta menjauhkan diri dari rasa tidak puas dan perasaan kurang.Qana’ah bukan merasa bodoh dan bermalas-malasan hidup serta tidak mau berusaha untuk meninggkatkan kesejahteraan hidup.
Sebenarnya, orang yang berjiwa qana’ah selalu giat bekerja dan berusaha sekuat tenaga, tetapi jika usahanya tidak dengan yang diharapkan akan rela hati menerima hasil tersebut dengan rasa syukur kepada Allah SWT. Sikap yang demikian itu akan mendatangkan rasa tenteram dalam hidup dan menjauhkan diri dari sifat serakah dan tamak.
Abdullah bin Umar berkata,
‘Bersabda Rasulullah SAW:Sungguh beruntung orang-orang yang masuk Islam, mendapat rezeki secukupnya, dan ia merasa cukup dengan apa yang telah Allah berikan kepandanya..”
(H.R.Muslim)
Orang yang memiliki sifat qana’ah memiliki pendirian bahwa apa yang diperoleh atau yang ada di dirinya adalah merupakan kehendak Allah.sebab Dialah yang mengatur rezeki,mati, dan jodoh seseorang hamba.
Firman Allah: Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha kaya lagi Terpuji (Luqman:12)
Bagaimanakah caranya untuk membebaskan diri kita dari prasangka tidak cukup dan membawa diri kita kearah menghayati Hukum Kecukupan? Ada beberapa langkah yang mudah, yang tidak memerlukan masa atau wang anda, cuma perlukan perubahan pada sikap anda.
1. Hargailah dan Syukurilah setiap sesuatu yang kamu miliki. Ia tidak semestinya harta dan material, ia juga mencakupi kesihatan kamu, usia kamu yang masih hidup hingga hari ini, setiap hari masih ada makanan untuk kita makan, masih ada orang yang mahu menegur kita, masih ada orang yang mengucapkan "selamat pagi, atau salam sejahtera, atau assalamualaikum". Syukurilah segala nikmat Allah dari sekecil-kecil yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tak dapat kita sebut kan satu persatu akan nikmat Allah pada makhluknya yang bernama MANUSIA ini.
Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara2 yang kamu tidak miliki, tetapi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang2nya pada 5 perkara yang kamu perolehi pada hari itu. Ketika memikirkan 5 perkara ini, hayatilah betul2 dan rasainya kedalam perasaanmu.
1. Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak2 itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?
2. Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?
Begitulah perbandingan antara Tuhan dan hamba-hambanya. Firman Allah: "Barang siapa yang mensyukuri nikmatKu, maka Aku akan menambahkan lagi nikmat Ku kepadanya"
Oleh itu bersyukurlah, berterimakasihlah, dan Allah akan menambahkan lagi apa yang kamu ada.
Jika dalam Hukum Tarikan, kita belajar bahawa mewujudkan keinginan itu amat penting, maka dalam Hukum Kecukupan, kita mempelajari bahawa Mensyukuri dan Menghargai nikmat itu amat penting. Kedua dua perkara ini saling berkait antara satu dengan yang lain.
2. Wujudkan suatu persekitaran, kekuatan atau vakum pada diri kita, dimana semua perkara yang baik sahaja berada disekeliling kita.
Jangan isikan hidup kita dengan perkara2 yang sebenarnya kita tidak betul2 perlukan. Ini adalah pembaziran. Walau pun kamu seorang jutawan, tidak bermakna kamu boleh membazir. Ingat! Membazir adalah sifat syaitan dan perlu dijauhi.
Tanya diri kamu setiap kali kamu keluar untuk berbelanja, apakah barangan yang ingin kamu beli itu, benar2 kamu perlukan atau tidak. Kecukupan bukan bermakna diri kita penuh dengan barangan 2 yang kita tidak perlukan. Kecukupan dalam hidup adalah dengan mencari dan memperolehi perkara2 dan pengalaman yang benar2 berguna untuk diri kamu yang benar2 kamu. Contohnya, kadangkala kita membeli sesuatu barangan kerana kita diberitahu oleh kawan, bahawa kita perlu ada barangan tersebut, mungkin bagi kawan kita, barangan itu memang berguna untuk dirinya, tetapi tidak pada kita. Maka elakkanlah perkara ini dari berlaku. Kenalpasti keinginan kamu!
Mulakan membersihkan persekitaran peribadi kamu, bilik kamu dari benda2 yang tidak digunakan lagi atau yang tidak kamu perlukan. Isikan wardrobe kamu dengan pakaian2 yang relevan dan kamu perlukan, yang memang tidak akan kamu pakai, sedekahkan pada orang yang memerlukannya. Kemas meja kamu dari nota-nota atau kertas yang lebih merupakan sampah sahaja. Kemaskini dokumen2 kamu dengan sistem fail yang tepat dan kemas. Bersihkan longkang dirumah kamu, atau kosongkan tong sampah kamu. Berdisiplinlah dengan hidup ini. Buang semua cara berbelanja yang membazir. Bebaskan pemikiran , cara bercakap, apa yang kamu percaya, tindakan2 kamu, yang selama ini berasaskan tidak cukup dan tidak puas.
3. Bersedekah dan berderma. Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan agar Allah menunjukkan sifat PemurahNya pada kita, tetapi adakah kita seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam " Satu sedekah ganjarannya adalah Sepuluh kali ganda" maksudnya setiap satu sedekah yang ikhlas dari kita, maka Allah akan membalas balik dengan sepuluh kali ganda dari apa yang kita sedekah. Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan kerana dengan bersedekah, kita menghantar frekuensi bahawa kita mempunyai lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita. Sedekah juga mengajar hati kita menjadi bersih, ikhlas, dan dapat menghayati dan memahami kesusahan orang lain. Maka jadilah dermawan..senyum juga satu sedekah. Bersedekahlah dengan apa yang anda miliki, tak semestinya wang, anda juga boleh berdoa untuk kesejahteraan orang lain, menyedekahkan tenaga dan sebagainya dengan ikhlas.
“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).
Rezeki dalam bentuk apa juapun adalah tenaga, sebagaimana yang kita semua faham bahawa seluruh alam ini termasuk diri kita adalah terdiri dari zarah-zarah atom yang merupakan tenaga. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran-aliran yang tersendiri. Cuba kita lihat pergerakkan udara (angin) dalam sebuah bilik yang tertutup, hanya tingkapnya sahaja yang terbuka. Kebarangkalian untuk angin mengalir masuk melalui tingkap adalah amat sedikit walaupun masih ada cukup udara dan oksigen. Sekarang, kita buka pintu bilik itu, anda akan dapat rasakan angin bertiup mula masuk melalui tingkap itu dan keluar melalui pintu kerana sudah ada aliran untuk udara keluar masuk. Begitu juga lah dengan rezeki dan kecukupan diri kita. Rezki akan datang melimpah ruah andainya kita sedia berkongsi apa yang kita perolehi (bersedekah/murah hati) dengan orang lain. Tidak semestinya wang, ilmu juga jika dismpan, tidak diamalkan dan tidak disampaikan, ianya tidak akan bertambah malah menjadi semakin malap.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)
“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
4. Maafkan semua perkara yang menyakitimu. Bebaskan hatimu dari dendam. Apabila kamu masih menyimpan kemarahan, tak kira atas alasan apa pun, sebenarnya, kamu hanya menyakiti dirimu, bukan menyakiti orang yang kamu marahi. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, dimana hari kita berasa disakiti, ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang baik. Let it go..let it go...release it..let it go...
Antara cara terbaik untuk menghilangkan kemarahan, ialah menulis sepucuk surat, atau senarai yang kamu boleh tulis segala apa yang kamu marahkan dalam hidup kamu selama ini. Tulis lah semuanya, hingga kamu akan dapat merasakan kemarahan kamu telah pun berpindah keatas kertas itu..dan kemudian, bakarlah kertas itu.
Maafkan sesiapa yang telah melukakan kamu, bersalah denganmu.Luangkanlah dalam 10 minit sehari dengan mengucapkan:
"Aku maafkan dan bebaskan (nama orang atau perkara itu)...............dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dari ku."
Semoga kita semua beroleh Rahmat dan Petunjuk dari Allah S.W.T sentiasa. Ingatlah, hidup ini adalah indah, apabila kita benar2 bersyukur. Segala terletak pada hati/perasaan dan fikiran/minda kita. Kita harus melihat pemberian Allah dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah. Keselamatan, kesehatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi lainnya adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Allah Ta’ala tidak pernah melupakan hamba hamba-Nya, manusialah yang lupa kepada-Nya. Karena sedikit sekali manusia yang bersyukur kepada pencipta-Nya.
Sabda Rasullullah S.A.W : Pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu adalah hati/perasaan.
Doa yang diajarkan oleh Allah supaya menjadi hamba yang bersyukur:
”Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
(Al Ahqaf:15)

from: arjunasetia aka http://husnuzzonloa.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment