Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, January 7, 2012

3Mindset Orang Berjaya


Orang berjaya ada sikap berlainan, perangai berlainan.

Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjolkan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:

1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan itu hanya sementara.

2. Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.
Orang berjaya bekerja dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka bekerja lebih dari 24jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 16jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain.

3. Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.
Orang berjaya tak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti, tidak ada perkataan releks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.



Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya aan berehat pada waktu tidur, pada waktu solat, pada waktu makan.

Mindset penting bagi orang berjaya-sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.

0 comments:

Post a Comment